PENGENALAN
- Negara Malaysia terserlah dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman sentosa. Hubungan kaum dapat dilihat dari segi hubungan-hubungan yang berbentuk konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan konflik ( peristiwa 13 Mei 1969)., hubungan persaingan (persaingan dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dan kebudayaan). Sementara itu, hubungan kerjasama (kerjasama atau pakatan dalam bidang politik.)
- Sejarah hubungan kaum di Malaysia bermula di sekitar abad ke enam belas lagi, semasa kerajaan Melayu Melaka. Ramai golongan pedagang Cina, India, Jawa mahupun Arab yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hubungan kaum yang wujud ketika itu berbentuk co-existance, iaitu wujudnya interaksi yang amat terhad atas dasar kepentingan ekonomi sahaja.
- Namun begitu, kehadiran kuasa-kusa barat khususnya Inggeris telah membawa kepada lahirnya tahap baru (dikenali sebagai tahap kontak luaran) yang didasari oleh adanya pergantungan untuk kepentingan hidup terutamanya dari aspek pengkhususan dalam ekonomi. Manakala tahap kompromi berkembang menjelang kemerdekaan negara apabila kaum yang berbeza menyedari kepentingan bersama, lalu mewujudkan kompromi demi untuk menjaga kepentingan bersama. Tahap ini biasanya melibatkan kompromi politik dan ekonomi.
- Tahap perpaduan berlaku apabila kaum-kaum di Malaysia yang hidup berkompromi mula hidup bersatu dan mempunyai kecenderungan yang sama mula mempelbagaikan kerjasama dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Namun begitu, di peringkat ini kerjasama yang wujud masih bersifat luaran sahaja. Kerjasama antara kaum-kaum lama-kelamaan mewujudkan perasaan ‘kekitaan’ dan hubungan antara kaum bukan hanya didasarkan kepentingan tetapi juga rasa tanggungjawab.
Peristiwa 13 Mei 1969
- Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
- Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969 dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
LATAR BELAKANG
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
- Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.
- Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
- Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
- Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk.
- Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
- Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
- Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
- Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
KRONOLOGI
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa
13 Mei 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan dengan berbeza. Masyarakat Cina telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatanLayanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Selain itu, dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Contohnya, orang-orang Cina tinggal di kawasan bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong .Sementara orang-orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula bekerja sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri .
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berdasarkan negeri asal mereka, malahan buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.4. Pertelingkahan Parti Politik
Di samping itu juga, dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpinPAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan perasaan orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan.5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Hakikat sebenarnya, kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah paling bawah berbanding dengan kaum Cina .6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk antara menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail.KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN
berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
- Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cina telah menang besar di kawasan Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor .
- Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
- Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman. Ada pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang amat negative - sial. Ada orang Cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
PERARAKAN KEMATIAN CINA
- Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
- Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu semasa perarakan. Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.
RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
- UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
- Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk .
- Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina terutama dari parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Malah ada pendapat yang mengatakan kaum Cina dari parti MCA juga turut bersatu dan berpadu dengan kaum Cina dari Gerakan dan DAP untuk menghina dan menghapuskan orang-orang Melayu. Semangat kesepakatan dan perkauman bangsa Cina amat ketara ketika itu.
- Jam 3.00 petang: datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor.
- 4.00 petang: Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
- Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
REGIMEN RENJER
- Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang.
- Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
ASKAR MELAYU
- Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
- Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen beberapa pemuda Cina ditangkap dan dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman tersebut!!!
PANGGUNG ODEON
- Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut bertindak semakin ganas dengan membakar panggung Odeon setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung tersebut. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
- Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan biadap dan ganas dari kaum Cina itu, barulah orang-orang Melayu mulai bertindak balas. Ada yang mengatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.
- Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
- Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
- Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti Askar Melayu yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
- Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
ANGKA KORBAN
- Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. 211 kenderaan musnah (spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh).
DI MANA TUNKU
- Pada 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana .
- 6.45 petang Encik Mansor( Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur) memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam tulisannya Tunku menafikan hal tersebut.
- Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.
MAGERAN
- Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.
- Buku Malay Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan. Ada pendapat yang mengatakan Dr Mahathir adalah antara perancang utama tragedy berdarah 13 Mei 1969. Selepas tragedi tersebut Dr. Mahathir telah dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
- Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan.
- Langkah Tunku Abdul Rahman menyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
- Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran semula.
KESAN DAN PENGAJARAN
Kesan politik
- Zaman Inggeris menggubal sistem masyarakat negara ini yang taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami perubahan yang drastik.
- Kuasa raja serta sultan Melayu telah dihadkan menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara.
- Penjajah Inggeris menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan diikuti sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
- Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai
- Sistem yang berbeza antara negeri,mengakibatkan ketidakperpaduan untuk menentang kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.
KESAN EKONOMI
- Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang.
- Penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.
- British mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Ini menyebabkan mereka tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain serta tidak dapat berinteraksi dengan baik seterusnya mengakibatkan kesukaran trewujudnya perpaduan kaum.
- Jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.
KESAN PENDIDIKAN
- Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini.
KESAN SOSIAL
- Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefahaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak.
Kesimpulannya,
pada masa itu, 13 Mei sangat memberikan kesan yang buruk dari semua aspek tidak kira kaum tua atau muda, kanak-kanak juga terlibat sama. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh kerajaan dalam merealisasikan hasrat sebenar kesemua kaum yang tinggal di Malaysia.
Rujukan
Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'.
http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htmPengenalanl
13 MEI DARI CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN (22 Mei, 2007)
13 MEI DARI CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN (22 Mei, 2007)
http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2007/05/13-mei-dari-catatan-tunku-abdul-rahman.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
Abdul Rahman Ibrahim (2011), 3 Mei 1969 Di Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka
Kua Kia Soong( 2008), 13 Mei Dokumen dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan Negara. Petaling Jaya : Suaram KomunikasiAbdul Rahman Ibrahim (2011), 3 Mei 1969 Di Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka
Wang GungWu (1968), The Use Of History. Paper in International Studies, Southeast Asia Series, Athen Ohio, Ohio University : Center For International Studies.
Pengajian malaysia (edisi kelima) terbitan oxford fajar.
(332-335 ms)











